Sayunye
Stlh 4 thn dok keje kat MMHE hari ni dah last day kat cni... Sayu hati rsnye nak tinggalkan tmpt n kawan2... Tp utk kemajuan dan masa depan aku kkena la berhijrah utk cuba benda yg baru... Pengalaman yg ada tu blh la guna kat luar... Banyak kngn pahit manis sm2 dgn kwn2 kat cni ... kini tinggal kenangan... Harap2 lepas ni dpt jumpe dia org kat luar la... and keep in touch .. Time kasih kawan2 ya....
Selamat Pengantin Baru
PeTuA
Hobi Baru
Santai di Pantai
Lepas Majlis kahwin ari tu , ambik la peluang p Tanjung Leman coz dekat jer dari rumah Kak Long. Ni kira first time bawa Danish p mandi laut. Sampai jer kat parking suka sg dia tgk laut asyik sebut “AIR”. Dlm laut dok menyengeh n suka sgt bile ombak dtg. Kite pun tumpang suka la skali… bile tgk anak dah beso.. Ni ada la gambo2 yg dpt snap ari tu…
Minat........
Roti Sausage
Bun Sosej Mini
Sumber : Alam Ooi
Bahan A
300 g high protein flour
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu besar serbuk susu
50 g gula kastor
Bahan B
125 ml air
1 1/2 sudu teh yis
1 biji telur (gred B)
Bahan C
40 g mentega
Untuk Sapuan
1 biji telur
Inti
8 sosej panjang (bahagi 2)
Cili sos
Daun rosmary kering
Cara-caranya
1. Campurkan bahan A ke dalam mixer dan kacau sehingga sekata. Masukkan bahan B dan pukul hingga terbentuk doh. Campurkan bahan C dan pukul hingga doh licin dan elastik.
2. Biarkan doh dalam mangkuk. Tutupkan dengan kain yang lembap dan tinggalkan di tempat yang hangat(warm) sehingga 35 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda. Setelah naik, bahagikan doh kepada bahagian2 yang seberat 35 g.
3. Rollkan setiap bahagian kepada bentuk memanjang. Letakkan sosej yang telah dipotong ke atas doh dan gulungkan ia dengan doh.
4. Susunkan ia ke atas dulang yang telah digris. Rehatkan ia sehingga ia naik dua kali ganda sekali lagi dalam lebih kurang 40 minit.
5. Sapukan dengan telur yang telah dipukul tadi dan hiaskan dengan cili sos. Taburkan dengan sedikit rosemary.
6. Bakar bun dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 15 minit.